I'SEM 2 dah nye pun (04/FEB/14)
Mazelina Zaini™: Fizo Omar bercinta dengan blogger Fatin Liyana ?

Fizo Omar bercinta dengan blogger Fatin Liyana ?

betapa hensemnya Eunhyuk  ni :) melting kejap


Bonjour Fellas :) Ninaa nak update sikit je pasal entry 
dari Blogger Limau Ais :)  



Sebelum peminat Fizo Omar mengetahui bahawa dia sedang bercinta dengan wanita bernama Hasmidar Jaafar atau Haas awal Januari lalu, pelakon ini pernah menyatakan bahawa dia sedang menyulami hati budi seorang wanita yang bakal bergelar doktor.

Bagaimanapun, tatkala itu, Fizo mengambil langkah selamat dengan tidak mendedahkan gerangan empunya badan yang berjaya menawan hati bekas hero remaja ini.

Sungguhpun hubungan Fizo bersama bakal doktor itu tidak kesampaian seperti mana hubungannya dengan Haas, segelintir pihak mula tertanya adakah Haas menjadi punca hubungan itu berakhir?

Apatah lagi, Fizo telah mengakui mengenali Haas ketika dia masih lagi berhubungan dengan bakal doktor tersebut.

"Saya dengan bakal doktor itu masih lagi baik. Tapi, saya tidak berasa malu berpisah dengan dia. Kami berpisah bukan sebab bergaduh. Faktor utama kami tidak lagi bersama adalah kerana cinta jarak jauh. Dia berada di Indonesia dan saya di sini.

"Saya terima hakikat bahawa cinta saya dan dia tidak ke arah ada jodoh. Saya percaya bahawa setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Saya terima penghujung saya dengan bakal doktor itu dan saya takut benda itu terjadi kepada saya lagi.

"Sebab itulah saya tidak mahu terlalu bercerita mengenai soal cinta saya. Saya serik dan takut ia menjadi tekanan yang berat dalam hubungan saya dengan Haas,"

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan ibunya terima keputusannya menjalinkan hubungan cinta dengan Haas. Bagaimanapun, Fizo yang dikenali sebagai anak emak menerima amaran daripada ibunya terhadap hubungannya bersama wanita itu.

"Mak saya okay dan fleksibel. Mak saya cakap pada saya, kau yang nakkan dia, pandai-pandailah kau yang memilihnya. Mak saya mahukan yang terbaik untuk saya. Mak saya nak saya kenal Haas dulu. Sebab mak kata selalunya identiti seseorang itu boleh dikenal pasti selepas enam bulan mengenalinya," ujarnya.

Fizo Omar Fatin Liyana

Credit to : Limau Ais

2 Comment(s):

Hanida Moss said...

erk.. haas tu bukan fl kan? konpius jap

Mazelina Zaini said...

@Hanida Moss ha'ah , haas bukan fl :) weheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...